Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Wednesday, 18 April 2012

tokey hebat!

.
.
.

"Ramai pelajar mengadu telor goreng sangat berminyak..."
"Tak nak berminyak, makan jam 3.00 petang nantilah..."

.
.
.
.

Untuk pengetahuan, waktu REHAT pelajar ialah jam 10.25 pagi
Hebatnya penyelesaian si tokey

.
.
.

Wednesday, 28 September 2011

Onde-onde, buah melaka dan cigaret


Di Kedah ia BuahMelaka
Tiga hari Nik Fakhrul (Fakhrul atau Fakhruddin... saya kurang jelas....) tinggal bermalam di rumah ayah.
Nik dari Kampung Telaga Batu or Bata???  Kelantan,  ikut adik balik kampung sambut Ramadhan.
Ayah : Nik, kat Kelantan ada tak kuih ni?
Nik    : Ada...
Ayah : Kalau ada orang panggil apa?
Nik    : Onde-onde...
Ayah : Haih... salah ni.... salah... onde-onde macam lain...
Nik buat muka macam sedang berfikir banyak... macam keliru dan bersalah
Saya  : Memang orang sana panggil onde-onde la ayah...

Di Kedah ia Onde-Onde

Ayah masih nak perbetulkan... ( niat bergurau... )
Ayah : Salah ni... nanti balik Kelantan bagitau depa... ni buah Melaka
Kemudian, tanya lagi nama kuih yang seterusnya ...
Tiba-tiba ...
Ayah : Nik, Muhammad Naim merokok tak kat sana?
Selama ini, Muhammad Naim ini memang tidak merokok.
Dirumahlah ... Setelah bekerja ni... entahlah....

Dan di rumah kami memang tiada lelaki yang merokok termasuk menantu-menantu ayah. Jadi, kalau ada bau rokok... pasti dapat dikesan segera)

Ambil jalan selamat...
Nik    : Naim, kamu ada merokok tak?
Sunyi.... saya jeling-jeling jahat pada orang yang bernama Naim. Jeng... jeng...jeng...

Sebelum bekerja tidak merokok... kenapa sekarang berjinak-jinak?
Baru bermula .... boleh tamatkan... Ia bukan keperluan!

Wahai adik, jangan lakukan kerana takut pada ayah.
Lakukan kerana rasa sayang...
Sayang pada diri sendiri
Sayang pada ayah... mak... kami semua...



Thursday, 23 June 2011

Itu Cincau

Cincau .... Siapa yang suka minum? Sejuk atau panas? Untuk yang menggemarinya, ia memang sedap dan menyegarkan.
Cincau atau grass jelly ini terhasil daripada pengeekstrakkan air rebusan rumput atau daun pudina atau pokok cincau ‘mesona chinensis’ bersama kalium karbonat. Ada pelbagai jenis daun cincau kalau kita tanya Encik Google
Secara umumnya cincau ada berwarna hijau dan ada yang berwarna hitam. Siapa yang gemarkan cincau? Ada kebaikannya mengamalkan minuman cincau ini.
Kalau sesiapa yang panas semacam ja, bolehlah cuba. Ia mampu meredakan panas dalam. Malah, masalah sembelit dan kembung perut juga dapat diatasi sebab cincau ada kandungan serat yang tinggi.
Selain itu, juga mampu meredakan demam malah membersihkan organ pencernaan daripada zat karsinogen yang menyebabkan kanser.
Menurut kajian, tumbuhan cincau mengandungi karbohidrat yang mampu menyerap air. Ia juga mengandungi kandungan alkolid yang cukup banyak sebagai bahan ubat dan anti kanser.
p/s: Banyak lagi khasiat cincau, perlu tanya En.Google ni...
Sepastinya cincau adalah minuman yang tidak akan dilepaskan menjelang Ramadhan nanti...dan tiada kaitannya dengan cincai kecuali dalam ayat ini. "Walaupun Mat Arip Leman menyediakan Sirap Bandung Cincau dengan cincai, rasanya masih enak dan menyegarkan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...