Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Wednesday, 12 December 2012
Thursday, 4 October 2012
peringatan untuk diri...
Memetik
kata-kata seorang cerdik pandai ahli akademik dalam majlis ilmu... minggu lalu.
“Kembalilah kepada peradaban guru yang sebenar”
Ya,
sepenuh hati... saya ingin!!!
Seruan
ikhlas dari seorang ilmuan yang juga berada dalam kelompok pendidikan. Malah,
lebih tinggi, lebih luas ilmu dan kepakarannya. Seruan secara tidak langsung bila
mengulas bajet 2013... selingan sebagai pencerah minda.
Katanya,
Jumaat itu warga pendidik pasti ‘pasang telinga’. Ia benar...hakikat! Terpulang
kepada kami pendengar ketika itu untuk merasakan ia sinis atau apa. Kami orang
dewasa yang pasti matang dan faham maksud kata-katanya. Yang pasti saya tidak
merasakan kata-kata itu salah... sebab ia satu luahan, seruan ingatan yang
penuh ikhlas dan ia perlu!
Ya,
kembali kepada peradaban guru yang sebenar!
Ia
amanah... Sentiasa mendoakan diri sendiri dipermudahkanNYA dalam segala...
mudahkan pemahaman anak-anak pelajar, lembutkan hati mereka... dan “Ya, Allah,
jadikanlah diriku seorang guru yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab...”.
Doa ini sering... Namun, kadangkala diri mungkin alpa... dan semangat semakin
luntur dengan situasi ‘yang menyesakkan’. Dunia pendidikan kini amat mencabar.
Ini juga benar!
Katanya,
jika kita tidak menjadi ‘guru yang sebenar’, Mereka diluar berhak
mempersoalkan... berhak!
“kami
bayar cukai untuk pembangunan pendidikan... kami berhak bercakap”
Memandang
ke depan. Ya, anggukan kecil rata-rata pendengar tanda menyetujui...
Ia
seruan, ingatan untuk diri saya... Semoga semangat tak pernah padam!
.
.
.
.
.
Sekadar
cakap-cakap bersama rakan:
Bila
melihat golongan petani, nelayan dan pekerja yang berpendapatan kurang daripada
RM800 sebulan, kami berandai-andai... Alangkah nikmatnya jika imbuhan-imbuhan
yang diumumkan itu diharmonikan dan diterjemahkan untuk dinikmati oleh semua
masyarakat dalam jangka masa panjang... nikmat bercambah... meluas untuk semua!
Coretan
ini bukan rungutan orang tidak tahu bersyukur atau rasa diri hebat... Ia
‘Peringatan untuk diri’
Monday, 17 September 2012
Mari mengira ...
Minggu lepas saya tunjuk satu teknik kira mengira untuk pelajar yang berkira. Orang Kedah sebut ‘berkiqha...’
Kelas itu saya mengajar dua subjek. Satu Prinsip Akaun. Satu lagi Sivik... bukan Fizik ya...
Bila waktu Akaun tidaklah mereka berkiqha. Mungkin subjek peperiksaan. Cepat saja papan tulis tu dipadam...
Sebelum subjek Sivik, ada add math. Maka, seperti kebiasaannya papan tulis penuh dengan jalan kerja pengiraan.
Ok, Siapa bertugas hari ni? Tiada yang mengaku. Semua tidak mengaku. Saya kenal beberapa pelajar yang akan sukarela memadam. Namun, saya halang... sebab orang yang sama.
Tiada jadual tugas. Ini bukan kelas mereka sebab kelas mereka diguna oleh pelajar PMR
Saya tunggu pelajar lelaki yang akan mengaku. Tiada...
Maka....
Hari ni, cikgu nak tunjuk satu teknik berkira untuk semua pelajar lelaki.
Dua belas pelajar Chinese. Hanya lima orang pelajar Melayu
Mereka senyum-senyum... saya pun... Tiada rasa mahu marah
Semua pelajar lelaki berdiri. Setiap orang akan padam dua huruf.... guna jarilah...
Ciguuuuuu!
Maka, semua pelajar lelaki bergilir-gilirlah memadam dua huruf atau nombor yang ditulis. Kemudian ulang semuala sehingga bersih. Tiada bantahan atau rungutan... adil untuk mereka yang berkira
Ciguuuu! Boleh tak saya padam banyak?
Tak boleh! Sebab kamu semua ‘berkhiqa’... boleh padam dua-dua saja...
Proses memadam berlangsung dengan lancar dan ceria.... biarlah
Kemudian kami belajar tentang Perlembagaan Malaysia. Pengetahuan am untuk mereka...
Agaknya, berapa kerat rakyat Malaysia yang ‘tahu’ Perlembagaan?
Wednesday, 4 July 2012
hilang...
Kadangkala, rasa itu tiada
ingin hilang... sembunyi
macam ni?
katanya "cari ilham cikgu..."
Wah.... ok saya abaikan.
Asalkan semua bahagia. Kerja siap
haha
kalaulah sembunyi itu boleh selesaikan segalanya...
saya pun nak!!!
.
.
.
kemudian menjelma... dengan senyuman
Selesai
Monday, 7 May 2012
Y = [( 72 X 6 ) + 48] X 3
Cukup tiga hari. Tamat berkursus Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Apakah PBS? Pasti ramai yang sudah maklum, pelajar tingkatan 1 tahun ini tidak lagi menduduki PMR. Tiada lagi peperiksaan.
Jadi, bagaimana prestasi pelajar dinilai? Berdasarkan pembangunan emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar sepanjang tahun. PBS adalah penambahbaikan sistem pendidikan kita yang terlalu menekankan pencapaian akademik. Ia masih di peringkat permulaan. Kita sama-sama tunggu apakah kesan penambahbaikan tersebut. Samar-samar ... sila tanya En. Google ke laman berkenaan kerana otak saya agak tepu.
Namun, yang pasti kursus ini mampu mencerahkan. Bermula dari apa, mengapa, siapa, bagaimana, bila, etc...etc ... sehingga ke proses pembinaan instrumen untuk mengukur perkembangan pelajar.
Nampak peserta kursus jarang-jarang?. Ramai sebenarnya. Tapi masing-masing berada dalam kumpulan untuk pembinaan instrumen setiap bab mengikut TAFSIRAN BAND yang ditetapkan.
Perlaksanaan PBS perlu dimulakan. Memerlukan banyak persediaan. Yang pasti melibatkan banyak fail. Ya, fail untuk setiap pelajar, yang mengandungi semua matapelajaran. Setiap evidens (adakah ini ejaan yang dimelayukan?) perlu disimpan. Wah! sistem pemfailan perlu diperkasakan di setiap sekolah. Ayoh semua!!!
Tamat kursus PBS Sejarah. Esok ke sekolah seperti biasa. Musim Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah bermula. Ishhhhhhh... bagaimana anak didik akaun saya. Tidak sempat membincang apa-apa tips nasihat ni... Namun pesanan telah diberi " telaa'h ulangkaji semua topik yang sudah dipelajari. Usaha dan tawakal lah kamu semua. Good Luck!!!"... dan esok juga ada kursus Think Tank Prinsip Perakaunan yang perlu dihadiri.
72
72
72
24
72
72
24
72
haha... apa ni? cuma bilangan anak tangga yang dipanjat setiap satu hari semasa berkursus. Maka, ia memang berkursus, makan-makan dan berkurus.
Opppssss.... semoga esok Encik Kalkulator akan menunggu tersenyum di meja saya.
Tuesday, 1 May 2012
'kaki leter' sangat penting untuk saya...
termasuk hari ini, sudah tiga hari ia menyorok
Susah! memang menyusahkan!
Ia pelengkap saya di tempat kerja. Kalau tidak berkaki leter ia bukan saya...
Pagi Ahad, ia masih ada. Saya berkaki leter awal kerja lepas sarapan sehingga waktu rehat untuk semak jawapan Kerja Kursus Prinsip Akaun anak didik tingkatan 5. Ia memang penting!
Sebelum ini pun pernah beberapa kali ia lesap. Rupanya ada pelajar tersilap ambil. Datang bersoal-jawab di meja saya dan mengangkut kaki leter kalkulator saya bersama. Konon-konon milik mereka. Walaupun kadang-kadang saya tidak sedar ia berlaku, seketika nanti atau esoknya pasti dikembalikan dengan senyum simpul. Saya tidak kisah kerana selalunya begitulah... ataupun yang meminjam semasa sesi pembelajaran dalam kelas kerana terlupa membawa. Ia biasa kerana rupa kaki leter kalkulator memang sama. Hanya pemilik yang 'tahu' perbezaannya. Ya, selalunya ia pasti dipulangkan
Kadang-kadang rasa hairan dengan pelajar yang mengambil subjek add math, fizik, akaun yang sering terlupa membawa kalkulator. Rasa pelik, tapi benar.
Tapi, kali ini lain. Sudah tiga hari ia menyorok.
Minda masih mencari titik hilangnya... tidak ketemu
diucapkan "Selamat Hari Pekerja untuk semua"
dengan pertanyaan sudah bergaji dan bercukai?
Sunday, 15 April 2012
Open Day, cuti, pengsan dan senyum...
Pengsan semalaman!!!
Rasanya semua warga sekolah saya pun macam tu. Rehatkan mental dan fizikal setelah bertungkus-lumus. Perancangan, persediaan, jemputan pelbagai. Kemuncak kerahan keringat adalah seminggu lalu, dan Sabtu (14 April 2012) memaparkan segalanya.
Biar gambar mengkisahkan... (yang dikejip mata oleh handphone cap ayam saya)
Banyak lagi gerai, saya yang malas meronda. Sekadar 'kejip mata' fenomena terhampir awal pagi sebelum kehadiran pengunjung luar. Hanya kelab dan persatuan sekolah yang boleh menjual makanan dan minuman. Pihak luar disyaratkan menjual benda lain.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Agensi Kerajaan, pihak swasta, Kelab dan persatuan terbabit mungkin sibuk menghitung rugi untung. Open Day dah habis, Ahad cuti peristiwa. Boleh pura-pura pengsan sekejap dan esok kita senyum!!!
Friday, 6 April 2012
cinta di Pantai Merdeka...
Assalamualaikum...
Akhirnya, selesai sudah Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah KMY. Melibatkan 38 buah sekolah yang dibahagikan kepada 8 kumpulan. Bertempat di SMK Kota Kuala Muda, berhampiran Pantai Merdeka...
Kami tidak menempatkan diri dalam kalangan pemenang. Namun, kami juga pemenang...
Pujukan semangat untuk mereka anak pelajar "Semua bermain dengan baik, memberi saingan ... "
"Tapi cikgu, kami tak puas hatilah"
"Tak pa, next year cuba lagi... jom balik.... jauh ni..."
66.9km saja dari sekolah
"Cikgu jom kita singgah Pantai Merdeka?"
Solat asar pun sudah menghampiri jam 6 petang. Tidak sempat menyinggah untuk bercinta di Pantai Merdeka... Jom balik.... lain masa mungkin...
Pemandangan di Pantai Merdeka.
Saya singgah buat pertama kalinya semasa datang mendengar taklimat Kejohanan Bola Jaring pada bulan sebelumnya. Oleh kerana tiba terlebih awal, ambil keputusan merasai angin Pantai Merdeka di tengah rembang mentari... seorang diri.
Selesai... Mari memfokus ke arah Tugasan Projek 3756/3
Akhirnya, selesai sudah Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah KMY. Melibatkan 38 buah sekolah yang dibahagikan kepada 8 kumpulan. Bertempat di SMK Kota Kuala Muda, berhampiran Pantai Merdeka...
![]() |
| Berteduh seketika sementara menunggu giliran menjaring |
Pujukan semangat untuk mereka anak pelajar "Semua bermain dengan baik, memberi saingan ... "
"Tapi cikgu, kami tak puas hatilah"
"Tak pa, next year cuba lagi... jom balik.... jauh ni..."
66.9km saja dari sekolah
"Cikgu jom kita singgah Pantai Merdeka?"
Solat asar pun sudah menghampiri jam 6 petang. Tidak sempat menyinggah untuk bercinta di Pantai Merdeka... Jom balik.... lain masa mungkin...
Pemandangan di Pantai Merdeka.
Saya singgah buat pertama kalinya semasa datang mendengar taklimat Kejohanan Bola Jaring pada bulan sebelumnya. Oleh kerana tiba terlebih awal, ambil keputusan merasai angin Pantai Merdeka di tengah rembang mentari... seorang diri.
![]() |
| lembu tidak dibenarkan masuk... |
Selesai... Mari memfokus ke arah Tugasan Projek 3756/3
Thursday, 16 February 2012
Terserempak lembaga...
Dulu masa budak-budak, ada dengar tak pantun ciptaan macam ni...
Hari ni hari Jumaat. Esok hari Sabtu...
Hari ni jumpa mayat. Esok jumpa hantu
Petang tadi kat sekolah, saya terserempak lembaga
Takuuuuuttt...
sempat saya snap gambo... walaupun peluh menitis
Ha! tengok...
| jumpa dua lembaga terpacak kat sekolah |
Tengah-tengah rembang... terik mentari
| Lembaga tu semakin membesar! |
Menjelma!!!
| Semua pelajar macam tak peduli, mungkin mereka dah biasa... |
Dua lembaga memerhatikan mereka...
Lembaga berbaju kurung batik tu...
Agak-agak mereka akan muncul juara tak?
Yalah, gunakan khidmat 'lembaga'
He he he...
p/s: Saya ialah tangan dan kaki bangku. Tapi, tahun ini saya dilantik sebagai Ketua Kelab Permainan Bola Jaring. Ia umpama memberi cincin kepada Sikudung. Sikudung tidak dapat menyarung cincin tersebut... namun sekadar mampu menjaga, menggilapkannya. Terima Kasih kak Faezah Ahmad, rakan guru pakar bola jaring yang sanggup berjemur menjadi 'lembaga'. Saya 'budak' baru belajar ...
Tuesday, 7 February 2012
Kamu mampu? Kamu mahu? Ia ok...
Melakukan sesuatu perkara hendaklah berdasarkan kemampuan sendiri.
Ukur Baju Di Badan Sendiri... Ukur Kasut Di Kaki Sendiri...
Ukur Baju Di Badan Sendiri... Ukur Kasut Di Kaki Sendiri...
Namun, tidak salah jika kita mahu mencabar diri.
Tahu kita tidak mampu. Sedar ia di luar kemampuan
Orang pun tahu kita tidak mampu. Namun, kita mahu melakukannya.
Kita berminat. Kita akan berusaha sedayanya.
Mencipta keajaiban!!!
Maka ia tidak salah
Ia salah
Ia menyusahkan
Ia merosakkan ‘mood’ orang lain
Jika?
Jika, kita tahu kita tidak mampu. Kita sedar memang kita tidak mampu
Kita tiada niat membuktikan kita mampu
Kita tidak mahu berjanji untuk berusaha
Kita tidak pernah berusaha untuk berusaha
Kita sengaja melakukan perkara yang kita tidak mampu
Mengapa?
Kenapa?
Ia ikut-ikutan
Ia tiada apa-apa
Tiada tujuan
Tiada minat
Entah.....
Saja...
Haiiiiiiii....
Minggu lepas buat kuiz Akaun untuk pelajar Tingkatan Lima Sains Tulen. Kuiz untuk menguji pemahaman dan penguasaan bab 1. Bagi pelajar perakaunan (berdasarkan pengalaman), Ia topik yang paling ‘kacang’. Kira boleh ‘score’. Topik Perakaunan Tunai.
Minggu sebelumnya, sudah war-warkan tarikh kuiz tersebut. Harapan agar semua bersedia. Yang lain bertungkus-lumus siapkan jawapan. ‘Mereka’ dapat kertas terus tidur. Tidak mahu berfikir pun. Malas membebel. Guru lain juga selalu berkisah tentang mereka. Kisah yang sama. Saya biarkan sahaja manusia itu dibuai mimpi. Tapi, hati saya sakit. Sakit, bila kita mengharap...
Tahun lepas mereka merayu-rayu agar ditempatkan di situ. Sanggup meminta ibu bapa mereka datang berjumpa pihak pentadbiran menyampaikan hasrat, walau mereka tidak layak sama sekali masuk kelas sains. Ibu bapa cakap anak mereka ‘minat’, dan zaman sekarang, jangan tidak tahu, ada yang terus mengadu kepada Kementerian Pelajaran. Guru tidak boleh membantah. Ok!
Tahun ini. Ia berulang lagi. Berduyun tiba. Mampu atau tidak tolak ketepi. Yang penting ikut 'minat' pelajar. Kadang-kadang saya sinis. Maaf
![]() | |
| Teruskan melangkah Ayu Soffiya!!! |
Saturday, 4 February 2012
menyambut seruan, melibatkan diri
Dua hari tak bertenet... sengaja hadkan diri.
Salam Maulidurrasul
Sibukkan diri siap bahan-bahan untuk hiasan kelas
Bila jadi guru kelas untuk tingkatan satu, maka secara automatiknya segala persediaan merupakan tanggungjawab guru
Tingkatan satu yang masih kebudak-budakan... Mereka rajin dan boleh disuruh, tapi tidak bolehlah mengharapkan hasil yang luar biasa daripada mereka. Lainlah kalau pelajar menengah atas.
Namun, keterujaan dan semangat mereka memang luar biasa.
Minggu lepas ada pelajar bertanya “cikgu, bila nak hias kelas kita?”
Saya tahu ia penting, biasalah ada pertandingan kebersihan dan keceriaan. Kesibukan yang menimbun menghalang operasi tersebut.
Saya jawab “Yang penting sekarang kelas kita mesti bersih, baru boleh hias ada jadual tugas, jadual waktu... oklah...”
“Nanti kelas kita tercorot?”
“Takpa lah nanti kamu kena denda kat perhimpunan. Satu kelas cuci tandas” sengaja saya tambah kegusaran kanak-kanak.
“Eeeeeee.... jomlah kita hias cikgu” Ketua Tingkatan bimbang
“Cikgu, kena denda kat perhimpunan tu depan pelajar yang lain?” pelajar perempuan resah
Saya jawab “Yalah, bagi kamu malu...”
Haha... sebenarnya saya tipu. Saya pun tak tahu apa denda yang akan dikenakan
“Cikgu kita buatlah hari Sabtu nanti...”
Ini bahagian yang seronok bila jadi guru kelas tingkatan satu. Mereka mudah takut, percaya. Tapi, yang pening campur sikit geram, mereka banyak soalan... banyak lari-lari, lompat-lompat... dan jerit-jerit.
Maka, hari Khamis kami tetapkan. Berjanji turun hari Sabtu ini. Saya tidak paksa semua datang. Siapa sukarela, ikhlas
Yang tinggal jauh, ada kesukaran, kekangan tidak perlu datang. Semua yang ingin datang 17 orang. Itupun dah ramai. Maka, saya beri nombor handphone saya untuk dihubungi. Siap dengan pesanan “Jangan dok sms cikgu perkara yang tak perlu. Ia untuk kecemasan, kalau kamu lewat, atau tidak dapat datang. Selamat sampai rumah atau tidak. Supaya cikgu tak risau”
Malam sebelum Sabtu, dapat sms dari pelajar perempuan
“Cikgu, nak pakai kasut apa?”
Ishhhh....
“Cikgu, boleh pakai tudung warna lain tak?”
Maklumat ini telah dibincang dalam kelas... Pelajar perempuan memang itu yang mereka risaukan
Jam 8.15 pagi, Sabtu
Sampai di sekolah. Semua yang datang 20 orang.
Ayat pertama pelajar lelaki “Cikgu, lama kami tunggu, dah lapar ni...”
Itu ayat biasa pelajar lelaki... Janji 8.00-8.15pagi, belum mula kerja dah lapar.
Jangan bimbang, cikgu yang rajin dah masakkan nasi lemak. Ada kategori A=Ayam / BT= Bilis Telor / I=Ikan. Cikgu siap bungkuskan dalam daun pisang. Rajinkan cikgu ni...
Hihihi, saya masak tunjuk-tunjuk kat kedai. Label A, BT dan I ada pada bungkusannya, dan ada karipap panas!. Cuma, minumannya air kosong.
Maghi berkoje...
Kita semua sepakat... di kampung hai pening lalat...
Biarlah tidak seceria mana, yang penting kemas, bersih... menyambut seruan, melibatkan diri
Maghi berkoje...
Kita semua sepakat... di kampung hai pening lalat...
Biarlah tidak seceria mana, yang penting kemas, bersih... menyambut seruan, melibatkan diri
Jam 12.30, semuanya selesai. Nasi lemak dan karipap selesai lebih awal. Semua selamat sampai rumah. Hati senang... Ahad cuti
Salam Maulidurrasul
Saturday, 21 January 2012
hati yang pecah memang menyakitkan...
Hati saya sudah pecah!!!
Hari itu ia berlaku. Ia hari yang sibuk. Ia hari Ahad. Hari permulaan kerja.
“ Hati saya sudah pecah!!!”
Parahnya.... Ia buat saya terdiam sedetik. Saya tahu, ia sangat sakit bila hati pecah
Hari Ahad itu, saya ada empat kelas yang berbeza. Berbeza umur, aras dan subject. Ia Sejarah form1, form2, Akaun form4, form5.
Seperti biasa kelas akaun paling mengujakan, kerana ia sering tidak cukup masa. Walau empat waktu seminggu, ia tidak pernah cukup. Subject pengiraan yang mengundang keterujaan saya dan segelintir pelajar. Dalam kelas itu, terdapat tiga pelajar yang tidak pernah teruja. Ketidakendahan tiga orang ini mengundang kerisauan yang melampau juga untuk saya. Maka, sambil semua membuat latihan penyelesaian masalah, lontaran suara mengingatkan mereka langkah-langkah pengiraan yang perlu, sering saya ulangi.
Biasalah, mereka ini pasti memilih tempat duduk di belakang kelas. Pelajar yang rajin berlumba-lumba memenuhi ruangan depan. Mereka sebaliknya. Menjengok mereka, baru mahu mulakan. Bila saya menginjak ke depan, langkah pengiraan seterusnya mereka hentikan. Jadi, saya ingatkan lagi.... itu, ini, begitu, begini... sambil berjalan meronda yang lain.
Tak mungkin hanya bertumpu pada mereka sahaja...
Lontaran suara itu rupanya menyebabkan hati seseorang pecah!!! Hahaha
Ji Li yang selalu di depan memanggil saya perlahan “cikgu, hati saya sudah pecah!”
Satu kelas diam seolah berfikir.... Saya tidak! Sebab saya faham dan tahu lontaran suara itu “mengganggunya”
Ya, pelajar yang sudah tahu dan faham sedikit terganggu
“Ha! Tengok hati Ji Li sudah pecah sebab cikgu terpaksa ingatkan kamu di belakang tu berkali-kali”
Hati saya rasa ia sesuatu yang 'lawak'
Haha ha... semua ketawa besar hari itu
Hati cikgu tidak pecah...
Walau cikgu perlu ulang penerangan itu berulang kali
Jom berlagu...
Nothing Broken But My Heart...
Pecah pinggan orang tahu
Pecah hati, siapa yang tahu
Ish....
Pecah kaca pecah gelas...
Tuesday, 15 November 2011
Doa dan Takbirrrrr!!!
Mendengar bait doa...
Dialunkan sepenuh hati... serendah diri
Doa pelajar sebelum melangkah ke dewan peperiksaan
Membangkitkan rasa dalam diri...
Rasa ketenangan... Menyerahkan segala kepadaNYA
Ya, usaha, doa, tawakal...
Merenung, menyelami...
Wajah-wajah yang terlakar seribu perasaan
penuh harapan...keikhlasan
Ada gentar dalam tenang...
Sebenarnya, detik sebegini sudah lama saya tidak dapat nikmati
Detik yang tak mungkin wujud di SMJKC...
Mengawas di SM Agama memberi peluang ini...
Laungan 'Takbirrrr' penghujung doa
Serentak membuah senyuman kami rakan guru pengawas...
Membuah Semangat...
Berkobar-kobar...
Semoga semangat tak pernah padam
Takbirrrrr!!!
Sunday, 13 November 2011
tiada idea untuk letak tajuk...
14 November 2011 peperiksaan SPM bertulis bermula.
‘terpilih’ untuk mengawas...
Taklimat pengawas SPM 9 November lalu, bulat-bulatkan tarikh berkaitan
Tugas mengawas berakhir pada 13 Disember 2011
Hampir sebulan... walau ia berselang-selang
Perancangan untuk kemana-mana...???
Ingin itu sangat tinggi... Mencari damai,
bina semangat baru...
Nantilah...
Anak pelajar...
Ia sudah tiba!
Good Luck
Usaha ... Doa ... Tawakal ...
Soalan bocor???
Salahkah mengharap...???
Itu keinginan orang tiada keyakinan ...
kurang usaha...
Doa...Tawakal kemana???
...
Kadangkala,
bila terlebih rasa
terlebih harap
mata juga boleh bocor...
Saturday, 15 October 2011
Mari bermain gaduh-gaduh!!!
Eh? Kenapa ramai-ramai ni
Cikgu masuk la... kita main gaduh-gaduh
Cikgu masuk la... kami dah siap latihan cikgu (dalam hati, latihan cikgu??? Latihan itu untuk kamu lah....)
Senyum-senyum... 5-6 orang pelajar tingkatan 1
Cikgu hari ni masuk kelas kami tak?
Laaaaaaa.... kamu tanya cikgu???
Jadual kelas kamu??? (Ayat tidak mahu jawab soalan tak logik)
Cikgu masuk la... kita main gaduh-gaduh
Kenapa....???
Senyum-senyum lagi.
Pandang wajah ramai-ramai tu... Oooooo
(dua hari sebelum: saya ada cakap “siapa nak gaduh dengan cikgu pasal malas dan tak siap kerja... cikgu akan bergaduh habis-habisan”. Dan hari tu kami semua balik lewat sebab mereka tidak siapkan kerja rumah minggu sebelumnya)
Cikgu masuk la... kami dah siap latihan cikgu (dalam hati, latihan cikgu??? Latihan itu untuk kamu lah....)
Hari ni cikgu mana ada masa kelas kamu...
SiSyafiq mulut tak menahan “ala cikgu takut lah tu... kami dah siap...”
Oooo.... sebab kamu dah siap latihan, nak menunjuklah tu...
(dalam hati saya rasa lawak dan seronok)
Untuk lebih kejam “Tak pa dah siap, siapa tiang-tiang saja dan salah. Pembetulan lima kali”
Mana ada... kalau kami salah sikit ja... cikgu belanja!
Buat muka berkerut...naikkan anak mata ke atas sikit...
Muka jahat!
Ok, esok cikgu nak tengok...
Dah! Tak mau ramai-ramai kat sini.
Qamus: ‘Tiang-Tiang’ = tembak-tembak jawapan
(bahasa pelajar Chinese)
Subscribe to:
Posts (Atom)












