Sapaan dan senyuman yang indah, pagi dingin ...
cikgu! cikgu!
Ya .... kenapa?
Cikgu, lembu-lembu tu dah ada.... sampai pagi tadi
Ya ka..... ok...ok, nanti cikgu pi ‘melawat’ .... Terima Kasih ...
...
Tengahhari di koperasi
... cikgu nak beli lembu ka?
Yup! cikgu nak dua ekor
Lembu pink? (Errrr..... ???)
Tak... nak yang coklat ja...
Terima Kasih
Sama-sama tersenyum,
...
Susulan selepas itu
Amboi, Cikgu Nae... lepas dengar bajet, beli lembu sampai dua ekoq...
Haha... ustaz Fadzil ni... itulah ... ustaz nak sekor?
...
Hakikat sebenar: Bajet bagi saya
Alhamdulillah, sebagai penjawat awam...
Hakikatnya, mampukah saya membeli lembu-lembu itu... haha ha
Tidak mungkin kerana bajet itu saya bersuka-suka membeli lembu
Membeli apa sahaja
Tidak!
Kerana saya tahu, GST mungkin sedang menunggu
Cukai barangan... perkhidmatan GST
Khabarnya akan dilulus dalam sidang Dewan Rakyat kelak
Ada peningkatan gaji, adalah nanti peningkatan yang lain
Pasti ada timbal balik ... sorong papan tarik papan
Juga cerita-cerita harga rumah yang mungkin akan meningkat... kata rakan mungkin 20% tahun depan
Minggu lepas, kami yang belum ada aset tersebut, ronda-ronda melihat rumah-rumah
sekitar Gurun, Sungai Petani... tapak rumah tanah bukit, tanah potong
Lagak bagai penyelia melawat tapak projek
Kata rakan mesti beli tahun ini... dalam hati saya turut risau
Tidak mahu gopoh... namun memang risau
Kalau saya penjawat awam ini ada kerisauan
Saya terfikir mereka yang lain...
Pekerja tanpa slip gaji ... juga pekerja swasta...
Pekerja kotaraya yang tinggi kos hidupnya
Kesimpulannya:
Mari kita merancang perbelanjaan kita
Bijak-bijaklah berbelanja