Dalam mesyuarat guru 21 Ogos 2011
Mesyuarat guru dimulakan oleh Tuan Pengetua. Di khabarkan bahawa penulis terkenal saudara Azizi Abdullah sudah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah... semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh di sisiNYA.... Amin
Allahyarham memang merupakan penulis terkenal. Generasi 40an... 30an... dan penghujung 20an pasti tahu atau pernah mendengar 'Seorang Tua Di Kaki Gunung'.
Di rumah pun ada buku itu. Tapi hilang dicelahan buku-buku tua yang telah lama tidak terusik.
Tapi, ada sebuah lagi buku karya santai Allahyarham Azizi Hj. Abdullah yang tiba-tiba muncul diminda. Seingat saya bulan lepas saya menegur adik "Amboi.... baca buku ranggi...". Ya, entah siapa yang membeli buku tersebut "GAYA HIDUP RANGGI" tulisan Allahyarham. Tidak pernah saya tahu kewujudannya sebelum ini. Mungkin kakak kedua pada zaman bujangannya dulu.
Waktu itu, saya hanya membelek sepintas lalu, membaca bahagian-bahagian menarik. Tersenyum membaca bait-bait kata teguran sinis tulisan Allahyarham. Rasanya tulisan beliau agak rapat dengan suasana kehidupan masyarakat kita.
Lihat saja Isi kandungan yang dilampirkan dalam kisah 'GAYA HIDUP RANGGI' ini. Ia memang mencuit hati untuk terus mendalami... tersenyum bila secara tidak langsung rasa tersindir...
KANDUNGAN
I
MELANCONG DAN TERBANG BAGAIKAN BURUNG-BURUNG -11
II
HARLEY DAVIDSON ADALAH CUMA-CUMA - 18
III
LAKUKAN APA SAJA, ASALKAN SENANG - 21
IV
PESTA SEMESTINYA MEWAH - 38
V
MAJLIS PERKAHWINAN MESTI ADA 'CLASS' - 50
VI
MAKAN BUKAN KERANA LAPAR - 67
VII
MEREKA PERLU 'PRIVACY' - 78
VIII
APABILA 'BOSS' DI LAUT, PEJABATNYA DI MANA? - 95
IX
PULAU ADALAH DUNIA KEDUA – 104
X
JED, HIJAU KEMILAU HANYA UNTUK ORANG EGO - 108
XI
MAU KE MANA BILANG SAJA – 114
XII
HIDUP BUKANLAH APA-APA:
Satu tanggapan yang salah - 119
Ia adalah gambaran teguran penulis menggenai budaya hidup membazir yang membawa kepada budaya hidup angkuh serta ranggi yang kini berleluasa dalam masyarakat... Terpukau dengan budaya hidup selesa serta megah, maka nilai masyarakat turut berubah...
Nilai kemanusiaan dan kasih sayang berubah kepada nilai materialistik dan individualistik.
Semoga semua tulisan beliau sedikit sebanyak mencuit kita untuk memuhasabah diri.
Terima Kasih Saudara Azizi Hj Abdullah
