Showing posts with label Anak buah. Show all posts
Showing posts with label Anak buah. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

Wednesday, 30 November 2011

demi setia, harapkan kasih...

Ia dialog benar siri terima kasih yang panjang. Isi penting hanya ada pada perenggan terakhir. Saya beri petunjuk awal. Tanda amaran agar tidak bosan dan keliru.

Wafiy  berusia 4 tahun. Tapi, bahasa percakapan Wafiy amat tersusun macam karangan. Bila balik kampung kami seisi rumah turut bercakap macam karangan Bahasa Melayu di sekolah... termasuk tok dan wan. Dan Wafiy amat pentingkan kata-kata ini “Terima Kasih”

Abang Wafiy ada pergi tandas tak kat sekolah hari ni?
mmmm.... ada. Wafiy berak...
Siapa cuci?
Cikgu Su.... eh! Mama... Wafiy lupa nak cakap terima kasih kat cikgu Su. Mama, esok Wafiy cakap ya?
Tak perlu kot...nanti abang Wafiy berak lagi cakaplah. abang Wafiy terlupa kan... lain kali jangan lupa.

Di kampung...
Selesai lekatkan jigsaw puzzle
Mama  : Dah selesai guna, Abang Wafiy pulangkan gam ni. Siapa punya ni?
Wafiy  : Wan punya.
             ...
Wafiy  : Wan... ini gam kamu (ayah sedang baring terima botol gam yang diserahkan Wafiy)
Wafiy  : Eh? Wan ni... wan tak cakap pun...
Ayah    : Wan nak cakap apa?
Wafiy  : Wan cakaplah terima kasih, nanti Wafiy nak cakap sama-sama
Ayah    : Eh? Wafiy yang pinjam kan?
Wafiy  : iyalah... tapi, Wafiy dah tolong hantar ni... Wan cakaplah... Wafiy nak cakap sama-sama (buat muka tak puashati)
Ayah    : oooo Terima Kasih (malas nak gaduh... haha)
Wafiy  : sama-sama
Walau diterangkan oleh semua orang, dia tetap tegaskan bahawa dia yang tolong hantar gam tersebut. Walau dia adalah orang yang meminjam.

Malam sebelum bertolak balik...
Mak     : Wafiy, cepat salam dengan tok... tok nak bagi duit raya ni...
Wafiy datang salam. Cium sana sini. Dah
Mama  : Wafiy perlu cakap apa?
Wafiy  : Tapi, tok tak cakap pun???
Mak     : Wafiy nak suruh tok cakap apa?
Wafiy  : Tok cakap..... terima kasihlah. Nanti Wafiy cakap sama-sama
Maklang : Oooooo.... mana boleh. Tok yang bagi duit raya kan? Wafiylah perlu cakap terima kasih
Wafiy  : Tapi, tok yang panggil Wafiy. Wafiy datang kan...
Mama  : Wafiy ni kalau cikgu tolong basuh berak baru ucap terima kasih betul...

Budak ni... tok kena cakap terima kasih sebab dia datang bila dipanggil. Jadi duit raya tu???

Sebelum naik kereta... bertolak balik
Maklang : Wafiy, cepat salam... cium pipi maklang
Muah..muah...muah...
Maklang : Eh? Wafiy tak cakap terima kasih pun sebab cium maklang?
Wafiy  : Ye ke? Ok. Terima kasih maklang...
He he he... dengan tok dan wan bolehlah...

Kalau kanak-kanak salah faham konsep terima kasih.
Ia masih boleh diterima... kan?


Tapi, kalau ada sesiapa yang menyuruh kita berterima kasih atas amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...
Berterima kasih kepada mereka walau mereka berulangkali menodai amanah tersebut?
Berterima kasih dengan tunjukkan sokongan kepada mereka walau mereka melakukan seleweng dengan alasan ingin memajukan... atas alasan itu jasa mereka?
Berterima kasih pada mereka yang nampaknya semakin selesa dengan hasil amanah yang dipertanggungjawabkan?
Bagaimana terima kasih mahu dizahirkan?
Mereka yang sepatutnya berterima kasih... mengumpul keselesaan




Friday, 25 November 2011

tukar kerjaya?

Cuti sekolah ada dua kanak-kanak balik kampung. Baru sampai jam11.00 malam tadi

Waffiy             : adik Soffiya pegilah situ, nanti ada lipas gigit
Mak Lang       : lipas gigit? Lipas mana ada gigi... mana boleh gigit
( haha...  mungkin saya akan menganggu minda kanak-kanak ini...)

Waffiy             : lipas takde gigi? (matanya bulat)
MakLang        : lipas ada lidah ja... jilat-jilat...
Waffiy            : Oooo... ok. lipas takde gigi, ada lidah dan lipas ada dua BENANG atas kepala yang gerak-gerak macam ni (sambil tegakkan dua jari atas kepalanya... macam tanduk kerbau)

Jadi, dua tiga hari ini saya ada banyak rancangan untuk dua kanak-kanak ini.
Kihkihkih... gelak jahat. Mereka tiba tepat pada masanya... Kerjaya baru ni
Alhamdulillah kerja-kerja sekolah telah selesai, kerja mengawas SPM juga rehat seketika.
Cuma tak sabar untuk melihat soalan Akaun itu. Tahun ini permulaan format baru. Bagaimana bentuk soalannya???

Sunday, 23 October 2011

Sayang itu Kasih

...
...
...

Kamu-kamu semua
Bila mau pulang?
Bila ayah bonda kamu perlu pergi kursus lagi?
Transitkan kamu di sini
Cepat pulang!!!

Saya mahu mengusik
Main gaduh-gaduh...

Antara bait kata : Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia
...
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang

Happy Deepavali  (-‘-)
Selamat bercutiiiiiiii...

Wednesday, 31 August 2011

Hitamkah Pak Tam itu???

Abdul Waffiy & Muhammad Naim






Waffiy : Mama... mama... Pak Tam itu bukan hitam pun.... kenapa panggil Pak Tam?

Waffiy : Cuma... kat sini je yang hitam... (sambil pegang dagunya...)

Errr... apa yang ada pada dagu Pak Tam???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...