Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, 9 August 2011

Jujur

Siapa puasa hari ni?
Ada yang angkat tangan Ada tak
Tak tipu ni? Soalan gurauan sahaja...
Tapi terbongkar segala
Saya tinggal sehari cikgu
Saya posa kat sekolah... Balik nanti...
Saya tak tinggal lagi...

Siapa puasa... dan sembahyang subuh pagi tadi?
Jujur  juga... Seorang sahaja yang angkat tangan
Siapa puasa, balik nanti sembahyang zohor dan asar
Diam... Saling berpandangan... Senyum... Tiada yang mengaku
Ada pemberitahuan "saya sembahyang terawih cikgu"
Maghrib, isya' saya sembahyang cikgu...
Jujur, berterus terang tanpa malu
Mereka... Anak pelajar tingkatan 1

Bila ada yang sibuk... Terlepas pandang
Tiba-tiba saya rindukan peraturan & jadual semasa tinggal di asrama
Biarlah, permulaannya umpama paksaan, namun ia didikan yang mewujudkan rutin yang bercambah dan membekas dalam jiwa... Subur

Monday, 1 August 2011

Tazkirah untuk diri...

RAMADHAN tidak usah lagi disebut sebagai 'bulan puasa'. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal daripada sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya, sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah TAKWA kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. TAKWA tidak lahir melainkan dengan HIDAYAH. Dan HIDAYAH hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat HIDAYAH akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Ramadhan Bulan Hidayah
Tazkirah Oleh:
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Saturday, 30 July 2011

Mama... matilah adik!

“Mama... matilah adik!”
“Mama... matilah adik!”
“Matilah adik......”
Teriakan bercampur tangisan...
Sesiapa yang mendengarnya pasti menyangka sesuatu yang buruk telah menimpa anak tersebut.

Sebenarnya itu secebis cerita mencuit hati yang berlaku di bulan puasa. Hahaha....
Seorang kawan menceritakan telatah anak lelaki ketiganya yang berumur 7tahun belajar berpuasa. Alhamdulillah dia mahu berpuasa penuh. Tetapi bila melepasi jam5 petang anaknya akan membuka peti sejuk dan duduk terbaring di situ sambil meraung “matilah adik....”   haha saya dan rakan yang lain tergelak sakan mendengar cerita itu.

Tapi bila disuruh berbuka oleh abahnya, dia tidak mahu.... Tetap berkeras untuk menyempurnakan puasa hari itu. Dan raungan kesedihan itu terus berulang... bergema pada hari-hari berikutnya... hahaha...
Pasti akan menjadi kenangan indah bila dia dewasa kelak...

Ramadhan yang dinantikan!!!
Ahlan Ya Ramadhan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...