Sunday 4 November 2012

Detik bermula...

Pantasnya masa berlalu. Esok dah mula SPM... Good Luck semua pelajar SPM 2012!!!

dag... dig... dug... di dalam dada...

Yang penting jaga kesihatan. Tenang jangan gelabah, bijak memperuntukkan masa untuk setiap soalan. Usaha... Doa...Tawakal
...
ciguuuuuu... apa maksud tawakal?
belum sempat cikgu jelaskan, ada seorang yang menjelaskan menguna bahasa ibunda mereka... terima kasih! dan cikgu hanya beri contoh... nampaknya dia sudah faham... ok


28 NOVEMBER 2012(RABU)
11.15 - 12.30 tgh hari : PRINSIP PERAKAUNAN (Kertas 1)
 2.00 - 4.30 petang     : PRINSIP PERAKAUNAN (Kertas 2)

dan saya bertugas pada hari Rabu 28 November itu. Tumpang takut + teruja untuk melihat soalan. Jangan pulak saya terlupa hadir nanti...

Selamat Berjuang semua...

p/s: Sebenarnya sedang key in SEGAK untuk PBS... dah portalnya dok 'berputar-putar' dari tadi, saya selitkan tugasan ini...Tahun ini semua guru kelas perlu SEGAK belaka. Guru PJK tak SEGAK kah?



14 comments:

  1. adik saya pun ambil spm tahun. good luck semua~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Semoga berjaya semua, berjaya di sini juga di sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Ros pun sentiasa sejahtera dibawah rahmatNYA

      Ya, semoga semua berjaya.
      Ros, keputusan UPSR dah nak keluar ni...

      Delete
  3. kpd anak murid dan cikgu...'selamat berjuang'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nahmy, terima kasih.
      perjuangan belum selesai...
      jeling2 senarai semak perkara yg perlu disiapkan... Ok sikit lagi :-)

      Delete
  4. slmt bercuti cikgu Nae.. jadi pengawas SPM ke? ... sPM detik bermulanya pendakian para pelajar utk memetik bintang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti utk cg.shameel juga. Sebenarnya minggu depan perlu ke sekolah lagi. Siapkan apa yg patut...

      Tahun ni tak kena mengawas, tapi bertugas semasa peperiksaan...

      Semoga semua calon SPM berjaya...

      Delete
  5. pbs tak siap lagi ni. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting kita dah siapkan data/evidens dalam fail...
      masalah nak key in data itu masalah system mereka... kan? :-)

      Delete
  6. Semoga semua diberkati.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.... dah selesai jugak akhirnya spm....
    timakasih cikgu ajaq kami prinsip akaun selama 2 taon ney. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anisah! suka cikgu tengok soalan tadi...
      Semoga semuanya berjaya. Insyaa Allah... :-)

      Terima Kasih jadi pelajar cikgu
      Guna masa cuti sebaiknya

      Delete
    2. soalan dia pon saya suka jugak , mcm selalu kita buat kan hehee . terima kasih cikgu sebab ajaq saya , mintak halal atas semua ilmu yang cikgu bagi . :)

      Delete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...