Friday 6 April 2012

cinta di Pantai Merdeka...

Assalamualaikum...
Akhirnya, selesai sudah Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah KMY. Melibatkan 38 buah sekolah yang dibahagikan kepada 8 kumpulan. Bertempat di SMK Kota Kuala Muda, berhampiran Pantai Merdeka...
Berteduh seketika sementara menunggu giliran menjaring
Kami tidak menempatkan diri dalam kalangan pemenang. Namun, kami juga pemenang...
Pujukan semangat untuk mereka anak pelajar "Semua bermain dengan baik, memberi saingan ... "

"Tapi cikgu, kami tak puas hatilah"
"Tak pa, next year cuba lagi... jom balik.... jauh ni..."
66.9km saja dari sekolah

"Cikgu jom kita singgah Pantai Merdeka?"
Solat asar pun sudah menghampiri jam 6 petang. Tidak sempat menyinggah untuk bercinta di Pantai Merdeka... Jom balik.... lain masa mungkin...

Pemandangan di Pantai Merdeka.
Saya singgah buat pertama kalinya semasa datang mendengar taklimat Kejohanan Bola Jaring pada bulan sebelumnya. Oleh kerana tiba terlebih awal, ambil keputusan merasai angin Pantai Merdeka di tengah rembang mentari... seorang diri.
lembu tidak dibenarkan masuk...

Selesai... Mari memfokus ke arah Tugasan Projek 3756/3

8 comments:

  1. tak pe, kali ni bukan rezeki! cube lagi~

    ReplyDelete
  2. Salam,

    o begini rupanya pantai merdeka.

    KLIK:AWANG HITAM & CHINA DOLL BUAT DEGREE

    ReplyDelete
  3. kt tempat akak minggu dpn baru mula prlawanan antara zon....skrg ni sibuk brlatih.....

    ReplyDelete
  4. anak-anak murid di sekolah saya masih sibuk berlatih lagi, isnin ini pertandingan bermula :)

    ReplyDelete
  5. kalau tiga ekor mungkin boleh kot. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikguden, lembu itu kah?
      hahaha

      bertiga mungkin boleh...

      Delete
  6. Assalamualaikum cikguNae...
    CkLah pernah sampai sini sekali tahun lepas masa melawat anak di asramanya kat Merbuk. Memborong belacan tumbuk. Keropok lekornya pun sedap! Depa perkenalkan kuih chok gedong....ingatkan pulut panggang. Hampir semua gerai makan kat kompleks tu ada jual atas meja makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumussalam...

      CkLah saya pun pertama kali sampai sini. Nama saja orang Kedah
      Kuih chok gedong? pertama kali dengar ni dan belum pernah cuba makan... Saya singgah di situ jam 1.30 petang, tengah panas terik, sorang2 sementara tunggu mesyuarat jam 2.00. Gerai makan pun banyak yang tutup. Nanti nak cuba cari kuih tu

      Delete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...