Monday 12 March 2012

Musibah itu ilmu...

Cerita saya:
Jumaat pagi, mak balik dari surau dan tanya “kak... kenapa tayar kereta takdak angin?”
Apa? Saya memang jarang memerhati. Pergi dan balik sekolah saja.
Selalunya ayah yang akan menegur “angin kurang tu”. Barulah saya singgah masukkan angin.

Saya betul tidak sedar. Mungkin ia bocor hari Khamis. Alhamdulillah, ia kempis pada pagi Jumaat. Malah, bermulanya cuti sekolah. 
Memanjat rasa syukur kerana ia tidak berlaku dalam perjalanan atau waktu bekerja. Jadi, saya boleh berlengah-lengah macam tiada masalah.

Petang Jumaat mereka ketawa pada manusia yang cetek ilmu kereta ini.  Soalan saya yang risau kalau masalah ini berlaku di mana-mana kelak. “kalau beli siap-siap tayar lagi satu?”
“kenapa nak beli?”
“nanti kalau pancit lagi, boleh tanggal yang bocor tu terus pasang ja. Tak perlu guna spare tayar...”
Sebelum jawab mereka sudah ketawa ramai-ramai.
“nak beli boleh, perlu beli sekali dengan sport rim lah... sama dengan yang lain”
Ooooo... saya nak mudah saja...

Sepupu dan bang Im sudah cakap, “tayar ni masih ok, mungkin masukkan cacing saja”. Kebetulan bang Im pulang bercuti. Dia siap terangkan secara terperinci.
Tapi, saya memang tidak dapat gambarkan apa yang mereka jelaskan. Ikut mereka ke kedai tayar.
Kata sepupu “kalau perlu tukar, dalam RM200 lebih juga”.

Di kedai tayar, bang Im bisik pada saya “itulah cacing...”
Saya Oooooo.... (siap snap gambar taukeh masukkan cacing dalam tayar)
Tak sampai enam minit selesai? Taukeh Cina kata lima ringgit.
Macam tu ja???

Akhirnya, hari Sabtu petang saya dapat ilmu baru. Wah???
Saya dapat lihat cacing...
Errrrrrr... saya masih kurang faham fungsi cacing ni... kurang yakin...

Cerita 1 Malaysia:
BOCOR dan TIRIS selalu sangat...
Bila dibiarkan ia menjadi biasa...




13 comments:

  1. cikgu kena belajar tukar tayar pulak. ada spare, tak tahu tukar, tak tahu guna jack, haru juga bila emergency.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Cikli!
      nak keluarkan jack dari bawah seat pun dah perlukan bantuan...
      macamana ni... haha

      Delete
  2. errrkkkk hahahah sesungguhnya sampai sekarang tak reti/try untuk tukar tayar sendiri lagi hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena belajar ni... errr perlukah?

      jom tukar! :-)

      Delete
  3. Salam,

    Salam perjuangan! Jom exchange link

    KLIK:PUSAT TUSYEN HIDUP KERANA GURU TAK BERKUALITI

    ReplyDelete
  4. nae, aritu baru je buat entri pasal tayar bocor. actually, tayar kereta kite mungkin bocor sebab terkena paku ke tertusuk kaca. tayar tiubless ni masukkan cacing je cukup. cacing tu bukan cacing tanah. cacing ni macam benda nak sumbat masuk dalam lubang tayar yang bocor supaya lubang tu tertutup dan angin tak la keluar memanjang. hehe

    paham ke x tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhiera,
      hahaha.... kalau masuk cacing betul lagi pening ni
      sebenarnya tak pernah ambil tahu pasal tayar. Bila adik cakap masuk cacing memang blur...
      Bila dah tengok 'cacing' dimasukkan kat tayar rasa tak yakin pula fungsi cacing tu...

      tapi betul dah dapat ilmu baru... :-)

      Delete
  5. Assalamualaikum Cikgu Nae

    setiap yg berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete
  6. musibah itu pengajaran dan petujuk

    ReplyDelete
  7. salam nae,
    lama tak jenguk ke sini. Apa khabar org utara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam k. Norsha,

      ya, saya pun lama sudah tidak menjenguk ke mana-mana...
      Sibuk dgn Bola Jaring...
      dan akak Soalan Kerja Kursus Akaun Form5 dah keluar ni... Jom!

      Delete
  8. cacing tu yg hidup ke????ha.ha.ha..prtnyaan org yg buta jugak ttg kereta...tahu bwk ttp amat cetek ttg ilmu kereta nie.....

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...