Saturday 21 January 2012

hati yang pecah memang menyakitkan...

Hati saya sudah pecah!!!
Hari itu ia berlaku. Ia hari yang sibuk. Ia hari Ahad. Hari permulaan kerja.

“ Hati saya sudah pecah!!!”
Parahnya.... Ia buat saya terdiam sedetik. Saya tahu, ia sangat sakit bila hati pecah
Hari Ahad itu, saya ada empat kelas yang berbeza. Berbeza umur, aras dan subject. Ia Sejarah form1, form2, Akaun form4, form5.

Seperti biasa kelas akaun paling mengujakan, kerana ia sering tidak cukup masa. Walau empat waktu seminggu, ia tidak pernah cukup. Subject pengiraan yang mengundang keterujaan saya dan segelintir pelajar. Dalam kelas itu, terdapat tiga pelajar yang tidak pernah teruja. Ketidakendahan tiga orang ini mengundang kerisauan yang melampau juga untuk saya. Maka, sambil semua membuat latihan penyelesaian masalah, lontaran suara mengingatkan mereka langkah-langkah pengiraan yang perlu, sering saya ulangi.

Biasalah, mereka ini pasti memilih tempat duduk di belakang kelas. Pelajar yang rajin berlumba-lumba memenuhi ruangan depan. Mereka sebaliknya. Menjengok mereka, baru mahu mulakan. Bila saya menginjak ke depan, langkah pengiraan seterusnya mereka hentikan. Jadi, saya ingatkan lagi.... itu, ini, begitu, begini... sambil berjalan meronda yang lain.
Tak mungkin hanya bertumpu pada mereka sahaja...

Lontaran suara itu rupanya menyebabkan hati seseorang pecah!!! Hahaha
Ji Li yang selalu di depan memanggil saya perlahan “cikgu, hati saya sudah pecah!”
Satu kelas diam seolah berfikir.... Saya tidak! Sebab saya faham dan tahu lontaran suara itu “mengganggunya”
Ya, pelajar yang sudah tahu dan faham sedikit terganggu

“Ha! Tengok hati Ji Li sudah pecah sebab cikgu terpaksa ingatkan kamu di belakang tu berkali-kali”
Hati saya rasa ia sesuatu yang 'lawak'
Haha ha... semua ketawa besar hari itu
Hati cikgu tidak pecah...
Walau cikgu perlu ulang penerangan itu berulang kali

Jom berlagu...
Nothing Broken But My Heart...

Pecah pinggan orang tahu
Pecah hati, siapa yang tahu
Ish....
Pecah kaca pecah gelas...



10 comments:

  1. wah pecah ke?? seronok ajar 1 malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. cg.Iman;

      itulah, kadang2 bahasa mereka menggeletek jiwa

      Delete
  2. once broken , considered sold :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgunormah;

      hati yang pecah harganya masih mahal
      haha

      Delete
  3. ooo, cikgu skolah men...parah jugak kan ngajaq budak2 besaq..

    disebalik tabir | AIR TANGAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Ma;

      Budak2 besaq kalau tegur jangan sampai memalukan mereka. Kemudian perlu panggil semula dan jelaskan semula (pujuk2... nasihat)... kalau tidak mereka simpan dalam hati & benci kita

      Budak2 kecik pun perlu pujuk2...
      huhuhu

      Delete
  4. sori off opic...

    pernah tak ada student yg ada crushed dengan kamu...?

    (benda ni berlaku kan?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle;

      errrr...lupalah
      ada ka tak?

      hahaha...
      salah satu perkara yg 'lawak'

      Delete
  5. singgah lagi..join da club ya!!hehe

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/game-tag-versi-2012-siap-la-sapa-yang.html

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...