Sekadar mengurangkan tension.... melapangkan fikiran dan berfikir di luar kebiasaan
Dalam kelas baru-baru ini, selepas selesai sesi revision bersama pelajar.... untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun.... tiba-tiba seorang pelajar lelaki sambil tersenyum bertanyakan saya soalan ini
Pelajar A : Cikgu.... cikgu tau tak beza antara jatuh pokok dengan jatuh perigi?
Saya : Beza? kenapa? soalan untuk apa ni?
Pelajar A : Soalan la... kalau cikgu tau cikgu jawab la... (dia tersenyum, dan rakan-rakan yang lain mula berkumpul hampir dengan saya.... menunjukkan perasaan ingin tahu)
Saya : Oooo.... ini soalan Teka-Teki ke? maksudnya... tak perlu jawapan yang logik sangat lah?
Selepas saya dan beberapa pelajar lain memberi pelbagai jawapan atau alasan yang konon amat sesuai... kami terpaksa mengalah... Ha ha... jawapan soalan tersebut amat ringkas, logik dan tepat (macamana saya tidak terfikir... ish ish..). Saya tinggalkan soalan pelajar ini untuk difikirkan jawapannya oleh rakan-rakan yang lain. Macamana berani cuba?
Soalan lain yang turut diselitkan... fikir-fikirkan lah ;-)
Situasi: Dalam sebuah kapal terbang yang membawa pesakit mental
Semasa penerbangan, keadaan dalam kapal terbang itu sangatlah bising. Semua pesakit mental ini bercakap, menangis, bergelak ketawa yang menjadikan suasana hingar bingar dan tidak terkawal. Seorang Jururawat keluar memarahi mereka dan mengatakan sesuatu. Kemudian Jururawat itu beredar memasuki ruangan kokpit kapal terbang tersebut. Namun, Jururawat dan Juruterbang berasa hairan kerana suasana di ruangan penumpang sangat sunyi...sepi. Persoalannya apakah yang telah dikatakan oleh jururawat tersebut semasa memarahi pesakit-pesakit mental ini, sehingga keadaan menjadi begitu sunyi sepi?
Siapa ada jawapannya?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...