Tuesday, 16 April 2013

Jom ubah!



Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu 
daripada keluh kesah dan dukacita, 
kami berlindung kepadaMu daripada lemah dan malas, 
kami berlindung kepadaMu daripada penakut dan kedekut,
kami berlindung kepadaMu daripada 
tekanan hutang dan kekerasan orang.
Amin.


Jom ubah sikap kita yang suka berkeluh kesah, malas, kedekut, suka berhutang ... 

Berani untuk perubahan?
Apa salahnya jika membawa kebaikan ... kan?
Jom!


PRU13- Tunaikan tanggungjawab kita
Anda mengundi di mana?







Saturday, 2 March 2013

Perakaunan Percukaian dalam bayangan ...

Hari ni saya terima BBIM... Baucar Buku 1 Malaysia
Akan dibelanja pada tempat sepatutnya...Insyaa Allah


Namun
.
.
.
Tahun lepas sangat terkejut tengok slip gaji... berganda-ganda potongan cukainya.
Saya agak keliru, namun tiada masa untuk menguruskannya
Ini PCB untuk bulan Oktober 2012. Sebenarnya berdasarkan pengiraan (Jujur, Sistematik & Tepat) saya tidak layak membayar cukai kerana membuat potongan zakat. Tak apalah... Ok, nanti boleh dapat balik. Tunggu pentaksiran bulan April ini.

Namun, tengok ini potongan cukai bulan November 2012.
 
Tengok... bulat mata saya melihat jumlah potongan cukai tersebut. Daripada RM33.55 meningkat kepada RM782.95. Ada kenaikan gaji bulan itu yang tidak sampai RM400 pun dan sedikit tunggakan yang tidak mencecah ribu riban pun....

Sebab pernah belajar perakaunan dan percukaian (tak belajar pun semua orang tahu kira cukai... hehe), cepat-cepat saya kira potongan cukai yang sepatutnya. Mungkin kalau RM70 ++ saya boleh terima. Merujuk rakan-rakan guru yang lebih lama makan garam juga turut bersetuju. Begitu juga apabila dibandingkan dengan rakan yang menerima kenaikan yang sama.

Merujuk kepada kerani kewangan sekolah dan saya dinasihatkan merujuk kepada LHDN. Kesilapan pihak sana. Ishhhh... nantilah.... masa itu bukan lapang untuk saya...

Ya, PCB itu saya akan dapat balik nanti.... jika data yang saya kemukakan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan LHDN. Namun, RM782.95 dan RM33.55 itu adalah duit titik peluh saya... dan duit itu dipotong dimasukkan ke dalam akaun MEREKA sesuka hati.... Agaknya berapa ramai yang dipotong duit mereka dengan cara begini. Bila dicampur-campur berapakah yang berjaya MEREKA kumpulkan

Alhamdulillah... saya dapat BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA....
Terima kasih....... lah




Sunday, 10 February 2013

Setelah kesulitan pasti ada kesenangan ...




Chinese New Year - cuti seminggu
-
-
-
Tugasan-tugasan itu menunggu giliran ...
Dia agak malas... rajin itu ada ...
-
-
-
Soalan : Sejauhmana SLE mengubah perwatakan penghidapnya?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...