Monday 27 May 2013

Musim dan sampai masa ...

Cuti sekolah dah masuk hari ke empat. Kerja yang perlu saya selesaikan masih banyak... banyak sangat!
Musim apa sekarang?. Tak nak cakap pasal cuaca. Cuaca kat Kedah, panas itu biasa... dan kadang-kadang hujan yang sekadar lalu... dan rata-rata pesawah, baru mahu memulakan proses membajak tanah. Air belum naik... maksudnya bekalan air untuk mengairi sawah belum cukup.

Sekarang juga musim peperiksaan. Untuk pelajar sekolah sudah selesai... dan sekarang musim menyemak jawapan oleh para guru yang sedang bercuti kononnya. Musim peperiksaan juga untuk pelajar STPM... pelajar universiti pun sedang dalam study week... dan assignment pun due date dalam minggu-minggu ini... arghhhhhhhh.... Oh mai cuti!

Cuti-cuti ni.. sepastinya musim kenduri kahwin juga. Banyaknya jemputan. Sepupu lelaki saya juga kahwin 26 Mei semalam... "Semoga adik Din dan isteri bahagia, dirahmati dan diberkatiNYA... amin". Begitu juga untuk semua pasangan pengantin di luar sana. Insya Allah....

Semua berlaku mengikut perancanganNYA...

Adik lelaki saya juga menamatkan zaman bujangnya bulan April lalu. Ini memang tak ikut musim cuti... sebab kenduri Naim berlangsung pada 21 April 2013... Hari Ahad (Hari berkerja untuk negeri Kedah). Maka, saya telah meminta kebenaran ponteng sekolah... hahaha (gelak jahat bercampur risau sebab kerja kursus Perakaunan Tingkatan 5 belum siap bertanda... dan pentaksir sudah mengedarkan jadual lawatan mereka...) 

Dan... urusan-urusan lain yang penting untuk diri sendiri yang perlu diselesaikan sebelum akhir Jun juga masih terbengkalai. Semoga segala dipermudahkanNYA... amin.

Semangat datanglah!!!

Gambar-gambar kenduri Bang Im... adik lelaki saya. Macam tak percaya sudah besar-besar semua... 
20 April 2013

21 April 2013

21 April 2013 - meraikan adik lelaki sulung

Sedang menyiapkan assignment, dan bertangguh buat kerja lain ni...??? Berblog pun ada dalam senarai kerja... hahaha
Selamat Bercuti dan Selamat Bekerja juga untuk semua...





3 comments:

  1. selamat bercuti, guru

    ReplyDelete
  2. Cikgu sekarang walau cuti tapi ada tugasan lagi tak sama anak murid masing-masing kegembiraan tak perlu duduk dlm kelas.

    Berblog boleh jadi terapi minda cikgu hihi...

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke Akhirat.

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...