Saturday 2 March 2013

Perakaunan Percukaian dalam bayangan ...

Hari ni saya terima BBIM... Baucar Buku 1 Malaysia
Akan dibelanja pada tempat sepatutnya...Insyaa Allah


Namun
.
.
.
Tahun lepas sangat terkejut tengok slip gaji... berganda-ganda potongan cukainya.
Saya agak keliru, namun tiada masa untuk menguruskannya
Ini PCB untuk bulan Oktober 2012. Sebenarnya berdasarkan pengiraan (Jujur, Sistematik & Tepat) saya tidak layak membayar cukai kerana membuat potongan zakat. Tak apalah... Ok, nanti boleh dapat balik. Tunggu pentaksiran bulan April ini.

Namun, tengok ini potongan cukai bulan November 2012.
 
Tengok... bulat mata saya melihat jumlah potongan cukai tersebut. Daripada RM33.55 meningkat kepada RM782.95. Ada kenaikan gaji bulan itu yang tidak sampai RM400 pun dan sedikit tunggakan yang tidak mencecah ribu riban pun....

Sebab pernah belajar perakaunan dan percukaian (tak belajar pun semua orang tahu kira cukai... hehe), cepat-cepat saya kira potongan cukai yang sepatutnya. Mungkin kalau RM70 ++ saya boleh terima. Merujuk rakan-rakan guru yang lebih lama makan garam juga turut bersetuju. Begitu juga apabila dibandingkan dengan rakan yang menerima kenaikan yang sama.

Merujuk kepada kerani kewangan sekolah dan saya dinasihatkan merujuk kepada LHDN. Kesilapan pihak sana. Ishhhh... nantilah.... masa itu bukan lapang untuk saya...

Ya, PCB itu saya akan dapat balik nanti.... jika data yang saya kemukakan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan LHDN. Namun, RM782.95 dan RM33.55 itu adalah duit titik peluh saya... dan duit itu dipotong dimasukkan ke dalam akaun MEREKA sesuka hati.... Agaknya berapa ramai yang dipotong duit mereka dengan cara begini. Bila dicampur-campur berapakah yang berjaya MEREKA kumpulkan

Alhamdulillah... saya dapat BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA....
Terima kasih....... lah




4 comments:

  1. Assalamualaikum...
    nae, kenapa private?
    selalu datang tak leh masuk... huhu

    ingat lg masa baru kerja dulu? tiba2 i kena cukai RM300 lebih, sedangkan tak patut pun, baru kerja tak sampai setahun...

    malas nk log in... Dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      haha... sori, sebenarnya mood hilang... malas dan sibuk sangat
      Maka, tuan blog sorang ja yg boleh masuk

      Ya, ingat... :)

      Delete
  2. itulah... nasib baik hari ni, dapat masuk sini... :D

    dah masuk efiling kah?
    jom tuntut... hahaha

    - ini kawan tak dak blog

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...