Wednesday 25 January 2012

Hati ini menjeling...

Chinese New Year, jalan memang sesak
Tapi, jika semua menunjukkan sikap ‘bertanggungjawab’
Ia pasti lancar, walau tidak selancar hari biasa

Selalunya saya akan ‘melencong’ dari kesesakan jalan utama
Orang Kedah kata guna ‘jalan bawah’
Maksudnya jalan raya kampung
Ia tidak selebar dan sesesak jalan utama

Tapi, hari ni sesaknya melampau. Untuk sampai ke simpang jalan pun payah
Akhirnya, saya sampai di simpang lencongan tersebut
Rupanya kesesakan itu kerana ada dua buah kereta berhenti ‘di atas’ jalan raya, bukan di tepi
Betul-betul ‘di atas’... senang cakap ‘parking kat tengah jalan’
Mulanya, saya ingat ada kemalangankah? ... tapi, tiada orang pun...
Rosakkah?... Tiada seorang pemilik pun di situ

Rupanya begini....
Dari riak lelaki Gen2 itu, dia orang ‘situ’
Maksudnya, itu ‘kawasan’ dia
Kalau orang luar, masakan berani
Sekurangnya, akan bereaksi serba salah, malu... ini tidak
Megah mengunyah pisang goreng!

Kebetulan ‘Dia’ melintas di depan kereta saya
Saya hanya memandangnya tanpa perasaan
Beri laluan untuk dia menyeberang
Issshhhhh.... saya menjeling dalam hati

“Let everyone sweep in front of his own door, and the whole world will be clean.”



Saturday 21 January 2012

hati yang pecah memang menyakitkan...

Hati saya sudah pecah!!!
Hari itu ia berlaku. Ia hari yang sibuk. Ia hari Ahad. Hari permulaan kerja.

“ Hati saya sudah pecah!!!”
Parahnya.... Ia buat saya terdiam sedetik. Saya tahu, ia sangat sakit bila hati pecah
Hari Ahad itu, saya ada empat kelas yang berbeza. Berbeza umur, aras dan subject. Ia Sejarah form1, form2, Akaun form4, form5.

Seperti biasa kelas akaun paling mengujakan, kerana ia sering tidak cukup masa. Walau empat waktu seminggu, ia tidak pernah cukup. Subject pengiraan yang mengundang keterujaan saya dan segelintir pelajar. Dalam kelas itu, terdapat tiga pelajar yang tidak pernah teruja. Ketidakendahan tiga orang ini mengundang kerisauan yang melampau juga untuk saya. Maka, sambil semua membuat latihan penyelesaian masalah, lontaran suara mengingatkan mereka langkah-langkah pengiraan yang perlu, sering saya ulangi.

Biasalah, mereka ini pasti memilih tempat duduk di belakang kelas. Pelajar yang rajin berlumba-lumba memenuhi ruangan depan. Mereka sebaliknya. Menjengok mereka, baru mahu mulakan. Bila saya menginjak ke depan, langkah pengiraan seterusnya mereka hentikan. Jadi, saya ingatkan lagi.... itu, ini, begitu, begini... sambil berjalan meronda yang lain.
Tak mungkin hanya bertumpu pada mereka sahaja...

Lontaran suara itu rupanya menyebabkan hati seseorang pecah!!! Hahaha
Ji Li yang selalu di depan memanggil saya perlahan “cikgu, hati saya sudah pecah!”
Satu kelas diam seolah berfikir.... Saya tidak! Sebab saya faham dan tahu lontaran suara itu “mengganggunya”
Ya, pelajar yang sudah tahu dan faham sedikit terganggu

“Ha! Tengok hati Ji Li sudah pecah sebab cikgu terpaksa ingatkan kamu di belakang tu berkali-kali”
Hati saya rasa ia sesuatu yang 'lawak'
Haha ha... semua ketawa besar hari itu
Hati cikgu tidak pecah...
Walau cikgu perlu ulang penerangan itu berulang kali

Jom berlagu...
Nothing Broken But My Heart...

Pecah pinggan orang tahu
Pecah hati, siapa yang tahu
Ish....
Pecah kaca pecah gelas...



Thursday 19 January 2012

kita mainan waktu???

Assalamualaikum,

Salam 2012.
Januari sudah mahu menutup tirai. Cepatnya masa berlalu
Pembukaan 2012 membawa pelbagai harapan, keinginan.
Semoga semangat tidak pernah padam

Lama tidak ‘berziarah’ ke mana-mana
Agak sibuk? Mungkin...

Kita mainan waktu?
Coretan Baha Zain Ogos 1974,
Pantai ini airnya bersih
Kita tidak boleh berlama di sini
Matahari akan menghantar malam
Dan alam bukan hak kita lagi
Setelah diri dimiliki waktu

...

Awal Januari, sibuk itu pasti
Jujurnya, mood agak berpusing-pusing
Sibuk itu tidak apa-apa.... ia biasa

Salam Sahabat
Ia tidak pernah hilang
Saya ingin kembali




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...