Thursday 27 December 2012

sibongsu mengamuk, cuti pun berakhir...


Dua tiga hari ini geraham bongsu saya mengamuk sakan... buat perangai...
yang paling bongsu ni memang mengada-ngada. Serba tak kena. (macam adik bongsu saya, semoga dia lebih matang dan bertanggungjawab... Insya Allah)
Kebetulan pula ini minggu yang sibuk. Sibuk dengan aktiviti jualan di koperasi sekolah, mesyuarat guru dan sebagainya.

Silap percaturan, singgah hampir lima tempat, cari Dr. Gigi... semua tutup... Christmas.
Kata ayah "mai sini nak tolong cabut..." bila saya mengadu betapa sakitnya penangan sibongsu
"perlu bayar tak?" tanya saya...  "duit pengeras pun tak perlu..."  hehe... yalah tu...

Timbul cerita ni. Kata ayah:

Dulu, zaman dia kanak-kanak lagi, datuk saya ada cerita. Kisah seorang yang sangat pakar mencabut gigi. Sesiapa yang giginya sakit, longgar mahu dicabut pasti berjumpa orang tersebut. Akhirnya, barulah dapat tahu pakar mencabut gigi itu ada penyakit 'tangan ketaq'. Maksudnya, tangan ketar orang itu akan menggoncang gigi sesiapa sahaja tanpa henti hingga tercabut. Haha... bersungguh ketawa saya dan adik membayangkannya. Memang kebolehannya digunakan pada tempat yang sepatutnya. hehe

Cuti dah berakhir ...
Pemandangan di Phang Nga ...
panas terik, namun ada ketenangannya ...

anak seorang rakan , kenalan baru ...

Selamat Datang 2013 ... Semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmatNYA




7 comments:

  1. Salam:)
    Memang boleh kata cuti sek dah berakhir kan..
    cam org sini bermulanya semalam dan hari2 seterusnya...bertubi2 hari meetingnya...

    Semoga kita dipermudahkanNya sepjg 2013 nanti
    :)

    ReplyDelete
  2. sampai sekarang, gigi bongsu tak tumbuh2 lagi..

    ReplyDelete
  3. tak sanggup klu sakit gigi....huhu..
    salam kenal..singgah follow sini #70..:)

    ReplyDelete
  4. Saya tiga minggu ada mslh gigi sensitif. 2 klinik swasta dan klinik kerajaan trpaksa sy gi dptkn rawatan..

    ReplyDelete
  5. Tangan ketaq cabut gigi kah kah

    ReplyDelete
  6. fuh.. baru je baik dari sakit gigi..
    tak boleh tahan dibuatnya.. :(

    apa-apapun selamat menyambut tahun baru 2013..
    moga dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Nae..

    Kalau sakit gigi mmg jadi tak tentu arah dibuatnya kan.. 2 geraham bongsu saya pun dah hilang slps puas mengamuk sakan dulu he..he..

    Terima kasih krn sudi singgah di blog saya. Semoga adik-adik kita kuat melawan penyakit SLE yang menimpa mereka..


    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...