Dua tiga hari ini geraham bongsu saya mengamuk sakan... buat perangai...
yang paling bongsu ni memang mengada-ngada. Serba tak kena. (macam adik bongsu saya, semoga dia lebih matang dan bertanggungjawab... Insya Allah)
Kebetulan pula ini minggu yang sibuk. Sibuk dengan aktiviti jualan di koperasi sekolah, mesyuarat guru dan sebagainya.
Silap percaturan, singgah hampir lima tempat, cari Dr. Gigi... semua tutup... Christmas.
Kata ayah "mai sini nak tolong cabut..." bila saya mengadu betapa sakitnya penangan sibongsu
"perlu bayar tak?" tanya saya... "duit pengeras pun tak perlu..." hehe... yalah tu...
Timbul cerita ni. Kata ayah:
Dulu,
zaman dia kanak-kanak lagi, datuk saya ada cerita. Kisah seorang yang sangat pakar mencabut
gigi. Sesiapa yang giginya sakit, longgar mahu dicabut pasti berjumpa
orang tersebut. Akhirnya, barulah dapat tahu pakar mencabut gigi itu ada
penyakit 'tangan ketaq'. Maksudnya, tangan ketar orang itu akan
menggoncang gigi sesiapa sahaja tanpa henti hingga tercabut. Haha... bersungguh
ketawa saya dan adik membayangkannya. Memang kebolehannya
digunakan pada tempat yang sepatutnya. hehe
Cuti dah berakhir ...
![]() | |
|