Wednesday 26 September 2012

layakkah...


“ ... yang penting bersangka baik terhadap Allah...”

Kata-kata seorang sahabat... kakak terngiang semula...
Entah bagaimana boleh muncul ayat itu daribibirnya... Rasanya tiada topik yang kami bualkan. Cuma cakap-cakap biasa...

Teringat balasan kata diri... “ya, bersangka baikkan kak... tapi kadangkala kita ni ada perasaan jahat, buruk sangka... cepatberkecil hati denganNYA...”

Layakkah???
Teringat riak muka sendiri... kesal... namun, ia benar... sering...???
moga dilindungi...



Bolehkah ia menjadi penawar ...
Dinding untuk diri




Monday 17 September 2012

Mari mengira ...

Minggu lepas saya tunjuk satu teknik kira mengira untuk pelajar yang berkira. Orang Kedah sebut ‘berkiqha...’

Kelas itu saya mengajar dua subjek. Satu Prinsip Akaun. Satu lagi Sivik... bukan Fizik ya...
Bila waktu Akaun tidaklah mereka berkiqha. Mungkin subjek peperiksaan. Cepat saja papan tulis tu dipadam...

Sebelum subjek Sivik, ada add math. Maka, seperti kebiasaannya papan tulis penuh dengan jalan kerja pengiraan.

Ok, Siapa bertugas hari ni? Tiada yang mengaku. Semua tidak mengaku. Saya kenal beberapa pelajar yang akan sukarela memadam. Namun, saya halang... sebab orang yang sama.
Tiada jadual tugas. Ini bukan kelas mereka sebab kelas mereka diguna oleh pelajar PMR

Saya tunggu pelajar lelaki yang akan mengaku. Tiada...
Maka....

Hari ni, cikgu nak tunjuk satu teknik berkira untuk semua pelajar lelaki.
Dua belas pelajar Chinese. Hanya lima orang pelajar Melayu
Mereka senyum-senyum... saya pun... Tiada rasa mahu marah

Semua pelajar lelaki berdiri. Setiap orang akan padam dua huruf.... guna jarilah...
Ciguuuuuu!


Maka, semua pelajar lelaki bergilir-gilirlah memadam dua huruf atau nombor yang ditulis. Kemudian ulang semuala sehingga bersih. Tiada bantahan atau rungutan... adil untuk mereka yang berkira

Ciguuuu! Boleh tak saya padam banyak?
Tak boleh! Sebab kamu semua ‘berkhiqa’... boleh padam dua-dua saja...
Proses memadam berlangsung dengan lancar dan ceria.... biarlah

Kemudian kami belajar tentang Perlembagaan Malaysia. Pengetahuan am untuk mereka...
Agaknya, berapa kerat rakyat Malaysia yang ‘tahu’ Perlembagaan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...